Thursday, December 02, 2010

BATRISYIA COLLECTION FOR LADIES......

Koleksi terkini untuk dijual...andai berminat, sila hubungi saya untuk pembelian......013-3013777

BC3501

BC9501

BC3502

BC9502


BC3502         BC4505          BC2501

BC3503 dan BC4504

BC10003
Special handmade for special ladies........

Tuesday, November 30, 2010

Sunday, October 17, 2010

KISAH AINA BATRISYIA.......dalam kenangan

Kematian bayi jadi tanda tanya

Oleh IBRAHIM ISA

JOHOR BAHRU:
Allahyarham Nur Aina Batrisyia pergi dengan tenang, namun kami berharap pihak berkuasa menyiasat punca kematiannya, kata bapa bayi berusia setahun itu, Hasbullah Abu Bakar, 37.

Anak bongsu daripada empat beradik itu meninggal dunia kira-kira jam 8.51 malam kelmarin di Unit Rawatan Rapi (ICU) Wad Pediatrik Hospital Sultanah Aminah (HSA) selepas lebih sembilan bulan bergantung kepada mesin hayat.

Mayatnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Istimewa, di sini, kira-kira jam 11 pagi semalam. Sebelum ini, bayi itu menerima rawatan di wad berkenaan apabila disahkan mengalami pendarahan dan bengkak otak, manakala paru-parunya dijangkiti kuman.

Dia dimasukkan ke hospital selepas menangis tidak berhenti-henti dan akhirnya hampir tidak sedarkan diri pada 15 September tahun lalu ketika dalam jagaan pembantu rumah keluarganya di rumah mereka di Taman Daya, di sini.

Hasbullah berkata, keluarganya reda dengan pemergian Nur Aina, namun berharap pihak berkuasa akan menyiasat secara terperinci punca anaknya mengalami pendarahan dan bengkak otak.

Katanya, ini kerana Nur Aina dilahirkan tanpa penyakit, malah tidak pernah diserang demam atau penyakit lain sebelum kejadian itu.

Kami bukan mahu menuduh sesiapa, tetapi kami perlukan jawapan. Sekurang-kurangnya biarlah pemergiannya ada pembelaan kerana pagi sebelum kejadian, Allahyarham di tinggalkan bersama pembantu rumah dalam keadaan sihat dan masih boleh bergurau.

Malangnya, sehingga kini kami belum mendapat tahu punca dia mengalami kecederaan itu. Polis mengatakan tiada kes penderaan. Persoalannya, bagaimana Allahyarham boleh mendapat kecederaan itu?

Sejak lebih sembilan bulan lalu, hidup kami tidak tentu arah. Saya dan isteri (Norwani Abdullah, 35) terpaksa menjalani kaunseling untuk menguatkan semangat kerana ahli keluarga, terutama tiga anak, masih memerlukan kasih sayang, katanya yang juga Timbalan Ketua Bahagian Pendakwaan (Operasi) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor.

Tiga lagi anak pasangan itu ialah Farah Nur Aqilah, 10; Amirah Faqihah, 7, dan Mohamad Daniel Haqiam, 3.

Hasbullah berkata, selain terpaksa menjalani sesi kaunseling, hidupnya sepanjang sembilan bulan lalu hanya tertumpu di HSA untuk menjaga Nur Aina dari jam sembilan malam hingga empat petang, sebelum tugas itu disambung isterinya.

Katanya, sepanjang sembilan bulan di HSA, Nur Aina dibedah lapan kali dan doktor mengatakan 80 peratus otaknya rosak, termasuk urat yang mengawal pernafasan. Ini menyebabkan dia terpaksa bergantung pada alat bantuan hayat.

Dalam kejadian 15 September lalu, Nur Aina ditinggalkan bersama pembantu rumah warga Indonesia berusia 28 tahun. Pembantu rumah itu menelefon Norwani pada jam 1 tengah hari dan mengatakan anaknya menangis sejak tiga jam lalu.

Hasbullah tiba di rumah kira-kira 15 minit kemudian dan mendapati anaknya tidak menangis, sebaliknya terkulai kepenatan dan terus menghantarnya ke klinik sebelum diminta ke HSA.

Setibanya di HSA, pelbagai pemeriksaan dibuat dan mendapati anaknya mengalami pendarahan dan bengkak otak dan perlu melakukan pembedahan bagi mengelak kecederaan lebih serius.

Pembedahan dilakukan, namun Allahyarham masih tidak stabil dan dirawat di ICU hingga menghembuskan nafas terakhirnya malam kelmarin. 


[img]http://www.bharian.com.my/Current_News/HM/pix/Nasional_06191[/img]